RSS

Saturday, November 15, 2008

Kursus CPR ( Cardiopulmonary Resuscitation) Saturday, November 15, 2008 at 19:55 |





CPR ( Cardiopulmonary Resuscitation)

"Kematian Mengejut" adalah satu keadaan yang mungkin dapat dipulihkan kembali hanya dengan menggunakan kedua tangan, paru-paru dan otak kita. Ini boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Resusitasi Kardiopulmonari atau CPR apabila dilaksanakan dengan sempurna dan cepar dapat menyelamatkan mangsa untuk rawatan selanjutnya dengan menggunakan teknik-teknik rawatan lanjutan.

Teknik-Teknik CPR boleh diamalkan dengan mudah. DRABC adalah gabungan teknik dalam mengendalikan CPR.

D-Danger : Periksa kawasan kemalangan dari sebarang memungkinan bahaya pada anda dan mangsa. Keluarkan punca-punca bahaya, pindahkan mangsa adalah pilihan terakhir.
R-Response : Periksa tindakbalas mangsa. Mintak bantuan kecemasan.
A-Airway : Bukakan  laluan pernafasan dengan teknik mengangkat dagu mangsa. Tekan dahi dengan sebelah tangan dan gunakan 2 atau 3 jari pada rahang bawah dagu.
B-Breathing : Lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa. Letakkan pipi anda pada hidung dan mata memandang ke arah dada mangsa. Tindakan ini dalam masa tidak lebih dari 10 saat. Jika tidak ada apa2 tindakan, lakukan pernafasan mulut ke mulut sebanyak 2 kali. Rasa nadi mangsa dalam kiraan 10. 
C-Circulation : Jika mangsa masih tidak beri tindakbalas, lakukan tekanan pada dada mangsa dengan  meletakkan sebelah tumit tapak  tangan anda ditengah-tengah tulang sternum dada mangsa.Sebelah lagi tangan hendaklah diletakkan diatas tangan tadi dengan menyilangkan jari. Tekan dada sebanyak 30 kali sedalam  1 1/2 - 2 inci bagi orang dewasa.

Bagaimanapun, untuk mengendalikan CPR ini, seseorang itu mestilah mendapat tunjuka ajar dari pakar dalam bidang ini dan juga mempunyai sijil yang diikhtiraf. Sekiranya tidak, tindakan yang salah akan menyebabkan padah.