RSS

Friday, June 15, 2012

Jin VS AL-QURAN, kenapa JIN ketawa

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 




Assalamualaikum....


Lama sudah tidah membuat coretan di dalam blog ini. Biasalah menguruskan kehidupan dengan pelbagai tanggungjawap sebagai hamba Allah dimuka bumi. Tugas sebagai khalifah, tugas manusia, tugas suami, tugas pendidik yang kena dipastikan agar kesemua itu diatur dengan baik. Alhamdullilah dengan kudrat iradat, af'al, asma' yang dipinjamkan menambahkan lagi kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Setelah 3 bulan lebih bertugas ditempat baru, pengalaman baru sebagai pendidik ialah berhadapan dengan pelajar lepasan SPM. Mereka ini lebih matang dari sebelumnya. Perubahan cara belajar, belajar berdikari menambahkan lagi pengalaman mereka bagi menempuh kehidupan selepas menamatkan pengajiaan disini. 

Coretan kali ini berkisar dengan mengatasi gangguan jin dengan ayat-ayat ALLAH, adakah jin tidak terkesan oleh jin yang kuat? Pernahkah kita mendengar, "Ustaz tu baca kursi pun jin tu boleh gelak, kuat sungguh"...

Tidakkah kita sedari sifat makhluk yang lemah, memerlukan bantuan SANG PENCIPTA untuk melakukan apa sahaja dimuka bumi ini. Sesungguhnya manusia diatur oleh satu sistem yang amat kuat dikendalikan oleh ALLAH S.W.T. 





Jelaslah disini tidak ada satu apapun dapat mengatasikuasa ALLAH hatta orang itu mengatakan bahawa dialah orang yang paling kuat pada masa ini. Kita jangan lupa dari mana datangnya kekuatan ini, kalau tidak dari ALLAH. "HASBUNALLAHUWANIA'QMALWAKEEL"....

Secara hakikatnya tidak sesiapa pun boleh mengatasi kalam ALLAH. Dalam RUKUN IMAM, termaktub "PERCAYA KEPADA AL-QURAN" sebagai salah satu cabang iman yang tidak dapat ditolak oleh Islam. Cuma sejauhmana keyakinan kita mengamal dan mengakuinya.

Sedarkah kita, bila berlakunya kes kerasukkan yang berat, sebenarnya JIN tersebut cuba untuk melemahkan emosi kita kerana sesungguhnya mereka ini makhluk yang sombong dan ego. Mereka cuma untuk mencari kelamahan diri pengamal perubatan sebagai senjata untuk menjatuhkan semangat. Mustahil mereka mampu berlawan dengan kalam ALLAH yang sudah pastinya hebat. "Sesungguhnya Al-Quran merupakan penawar dan penyembuh kepada orang-orang yang beriman". 

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ 
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya (al-isra' :82)

Sekiranya kita mengakui beriman, sudah pasti kita tidak akan menolak intipati keseluruhan QURAN inilah SYIFA. Tahap keimanan yang tinggi sahaja boleh membuatkan kita mengakui bahawa sesungguhnya ia adalah benar. Quran bukan merupakan cerita dongeng tetapi ia merupakan kalam MAHA BESAR yang diturunkan sebagai MUKJIZAT yang masih kekal sehingga hari kiamat.

Masalah kegagalan kita menggunakan kalam ALLAH sebagai penawar bukan terletaknya kepada kekuatan JIN tersebut, hakikatnya pengamal, perawat dan pendoa tersebut beramal atau tidak dengan apa yang dipelajari. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tiada buah. 

Tuntutan untuk membaca Al-QURAN dengan baik secara tartil dan bertajwid adalah wajib supaya apa yang diruqyahkan itu memberi maksud kepada JIN dan juga MANGSA bahawa tidak ada selain daripada ALLAH yang berkuasa. 


Oleh itu selidiki, nilai semula keimanan, keyakinan bagaimana bacaan kita, betul atau tidak, memberi maksud atau tidak. Bukan sekadar memperdengarkan sahaja malah faham apa yang diceritakan ALLAH akan memberi kesan kepada JIN dan MANGSA juga kepada pengamal perubatan.

Percayalah JIN tidak kuat seperti mana yang kita dengar, kekuatan itu berpunca dari kegagalan kita meletakkan diri, bersandar terus kepada ALLAH setiap masa. Sekiranya kita sedar hakikat ini, masalah gangguan ini mudah kita atasi kerana redha dan rahmat ALLAH hadir bersama-sama bantuanNYA....kekuatan kita terletak kepada pengamalan, keikhlasan dalam menangani permasalahan ini. Manusia adalah khalifah yang diamanahkan memakmurkan muka bumi. Seharusnya kita hanya takut kepada yang hak iaitu ALLAH S.W.T dengan sebenar-benar taqwa.

Isu dapat melihat atau tidak bukanlah senjata yang ampuh bagi pengamal perubatan menyelesaiikan imasalah ini. Semua kesembuhan adalah dengan izin ALLAH, manusia hanya berikhtiar. Syaitan dapat melihat kelemahan kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka berdasarkan Surah Al-A'raf : 27 

A027


Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Wallahua'lam.....