RSS

Tuesday, March 15, 2011

Mistik pada isteriku terjawab

السلام عليكم

Minggu ini, ana ke Terengganu. Tujuannya adalah satu iaitu untuk bertemu dengan guru RIDAM, Ustaz Khairul Syakirin. Ana tidak kesorangan, bertemankan isteri tercinta.

Semuanya berkaitan dengan gangguan yang terdapat pada isteri ana. Kejadian pada bulan Mei 2010. Pada malam itu isteriku akan ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan kuliah KDPM SABK. Petang itu kami sedang menonton filem "SANTAU" di rumah, isteri saya secara tiba-tiba diam kaku. Ana sudah mensyaki ada sesuatu yang tidak kena padanya. Ana cuba untuk "ruqyah" dengan Ayat Kursi, Alhamdullilah kesembuhan dari Allah. Dia boleh bergerak semula lalu ana rebahkan dia di sofa. Ana 'call' mak dan mertua beritahu hal tersebut. Mereka pun sampai dalam 15 minit berikutnya..

Namun isteri ana masih belum boleh bercakap, seolah-olah mulutnya terkunci. Mak Jah (Mertua) membawa bekalan air bacaan YASSIN. Setelah disapu pada muka dan kepala isteriku pun sedar sepenuhnya tetapi kelihatan agak keletihan. Punca sebenarnya masih tidak diketahui.

Keputusan untuk membenarkan isteriku ke KL pada malam itu tidak berubah demi masa depannya. Seminggu ana memantau pergerakkannya di sana melalui rakan-rakan yang dikenali. Alhamdullilah keadaan terkawal kerana tiada simpton-simpton gangguan kritikal. Cuma pada sebelah malamnya dia selalu mengadu sakit kepala dan letih. Amalam pendinding dan zikir dibekalkan kepadanya.

Setelah tamat pengajian, ana mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di DH, Alor Setar. Setelah menunggu lebih kurang 30 minit, kami masuk ke bilik rawatan. Setelah diruqyah, seluruh tubuhnya menggeletar seakan-akan meronta-ronta kesakitan. Ustaz tersebut meneruskan bacaan ruqyah. Apa yang menghairankan ana pada ketika itu, tiada pulak sebarang gangguan yang menyerah diri. Ustaz yang merawat juga cuba ajak untuk berdialog, namun tiada respon. Ustaz tersebut tidak mahu meneruskan rawatan kerana bimbang keadaan isteri yang terlalu lemah. Kami dinasihatkan datang semula selepas ini. Turut dibekalkan ialah CD Ruqyah, Air Ruqyah, minya zaitun dan air renjisan kediaman.


Rawatan diteruskan pada hari minggu tetapi hanya di rumah sahaja. Setelah dipasangkan CD ruqyah, isteriku mulai menunjukkan tanda-tanda seperti mana di pusat rawatan. Isteriku sedar setelah di laungkan azan, dan diperdengarkan Ayat Kursi ditelinga.


Ana mengambil keputusan untuk mencari ilmu berkaitan dengan merawat gangguan dari RIDAM dan Alhamdullilah setakat sekarang dua seminar ana ikut dengan jayanya. Ana mohon dari Allah agar diberi kekuatan untuk berdepan dengan permasalah itu dengan bantuanNYa. Ia juga sebagai bekalan dalam melayari rumah kehidupan bermasyarakat yang dikelilingi oleh pelbagai pengaruh ilmu hitam.


Percubaan pertama ana marawat sendiri dengan ilmi belakan DARUL MANZIL. Ana guna teknik bacaan Ruyqah, Refleksologi, Pasung dan tarik. Isteri ana separuh sedar. Ana letakkan paku di jari kaki terus isteri ana teriak sakit..ana lepaskan pegangan jari kaki kemudia minta dia mengucap kalimah syahadah. Ana guna teknik tarik dan pasung. Isteri ana sedar lalu dia merenung tajam ke syiling rumah. Ana bertanyakan apa yang dilihat, bayangan manusia separuh badan meletakkan di syiling rumah. Ana pagarkan dengan Yassin 9.


RAWATAN DI RIDAM

Harini 15 Mac 2011, hampir setahun, ana membawa isteri ke RIDAM. Temujanji dibuat pada pukul 9 pagi. Kami ke RIDAM dengan membawa bahan-bahan yang dipesan ustaz. Lebih kurang jam 1000, ustaz membuat rawatan terhadap isteriku. Peringkat awal rawatan, tidak ada tanda-tanda gangguan setelah disembur dengan air ruqyah mawar.

Ustaz membuat beberapa teknik, tanda-tanda menggeletar sudah nampak ditangan, kaki dan muka berkerut-kerut. Akhirnya JIN-JIN tersebut mengalah dan isteriku separa sedar tetapi tidak dapat mengawal tubuhnya. Jin-jin juga tidak mahu berdialog, Ustaz memohon dari Allah agar membuka kuncian suara jin tersebut. Mereka masih juga tidak mampu berkata-kata selain dari mengeluarkan bunyi-bunyi mengerang kesakitan. Menurut Ustaz, mereka adalah dari jenis jin haiwan. Ustaz meminta menunjukkan beberapa bilangan jin dalam badan, sebelah tangan kanan diangkat memberi maksud 5 kawasan jajahan.

Ustaz menarik keluar Jin-jin tersebut dengan teknik memasungkan jin. Dimulai dikawasan perut, kaki kanan, tangan kanan dan kepala. Dia ingin muntah, ana membantu dengan menadahkan plastik muntah. Ada bahan asing dalam muntah seperti hama dan habuk kemungkinan santau. Wallahualam.

Setelah itu, tubuh isteriku tidak menggeletar lagi dan sedar semula dengan lafaz syahadah. Alhamdullilah, isteri kelihatan sedikit letih tetapi ceria. Akhir sekali ustaz menggunakan teknik pukul dan tarik guna serban.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui, manusia hanya mencuba, ketentuan, kesembuhan milik Allah. Tiada apa yang menandingi kuasa Allah walaupun sesuatu perkara yang jahat. Aku memohon agar diberi petunjuk kepada kami, diberi petunjuk kepada manusia yang melakukan perkara syirik untuk merosakkan sesama anak Adam. Misi ana belum berakhir dan akan bersambung di rumah selepas ini. Mohon Allah beri bantuan.


muntah yang mengandungi hama dan habuk

Alat pasung jin (5 biji)

bahan yang hendak dibuang

Wednesday, March 9, 2011

Rawatan Islam Darul Khalish (RAWDAKH)


Assalamualaikum. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. 

Alhamdullilah dengan limpah rahmat dan kekuatan yang diberikan oleh Allah dapat diwujudkan blog RAWDAKH ini sebagai satu wadah dalam membantu menyebarkan informasi dalam meningkatkan ketaqwaan kepada MAHA PENCIPTA. 

Blog insan kerdil ini merupakan satu medium yang secara khususnya dalam bidang perawatan Islam berkaitan dengan masalah dan permasalahan gangguan makhlus halus iaitu JIN dan Syaitan. 

Penulis blog ini merupakan seorang yang masih baru dalam bidang ini dan memerlukan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan perawat yang sudah mahir. InsyaAllah dengan kudrat dari MAHA ESA akan cuba membantu dalam ikhtiar penyembuhan. Penyembuhnya adalah Allah, kita sebagai hamba sekadar menjalankan rawatan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.