RSS

Friday, June 15, 2012

Jin VS AL-QURAN, kenapa JIN ketawa

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 




Assalamualaikum....


Lama sudah tidah membuat coretan di dalam blog ini. Biasalah menguruskan kehidupan dengan pelbagai tanggungjawap sebagai hamba Allah dimuka bumi. Tugas sebagai khalifah, tugas manusia, tugas suami, tugas pendidik yang kena dipastikan agar kesemua itu diatur dengan baik. Alhamdullilah dengan kudrat iradat, af'al, asma' yang dipinjamkan menambahkan lagi kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Setelah 3 bulan lebih bertugas ditempat baru, pengalaman baru sebagai pendidik ialah berhadapan dengan pelajar lepasan SPM. Mereka ini lebih matang dari sebelumnya. Perubahan cara belajar, belajar berdikari menambahkan lagi pengalaman mereka bagi menempuh kehidupan selepas menamatkan pengajiaan disini. 

Coretan kali ini berkisar dengan mengatasi gangguan jin dengan ayat-ayat ALLAH, adakah jin tidak terkesan oleh jin yang kuat? Pernahkah kita mendengar, "Ustaz tu baca kursi pun jin tu boleh gelak, kuat sungguh"...

Tidakkah kita sedari sifat makhluk yang lemah, memerlukan bantuan SANG PENCIPTA untuk melakukan apa sahaja dimuka bumi ini. Sesungguhnya manusia diatur oleh satu sistem yang amat kuat dikendalikan oleh ALLAH S.W.T. 





Jelaslah disini tidak ada satu apapun dapat mengatasikuasa ALLAH hatta orang itu mengatakan bahawa dialah orang yang paling kuat pada masa ini. Kita jangan lupa dari mana datangnya kekuatan ini, kalau tidak dari ALLAH. "HASBUNALLAHUWANIA'QMALWAKEEL"....

Secara hakikatnya tidak sesiapa pun boleh mengatasi kalam ALLAH. Dalam RUKUN IMAM, termaktub "PERCAYA KEPADA AL-QURAN" sebagai salah satu cabang iman yang tidak dapat ditolak oleh Islam. Cuma sejauhmana keyakinan kita mengamal dan mengakuinya.

Sedarkah kita, bila berlakunya kes kerasukkan yang berat, sebenarnya JIN tersebut cuba untuk melemahkan emosi kita kerana sesungguhnya mereka ini makhluk yang sombong dan ego. Mereka cuma untuk mencari kelamahan diri pengamal perubatan sebagai senjata untuk menjatuhkan semangat. Mustahil mereka mampu berlawan dengan kalam ALLAH yang sudah pastinya hebat. "Sesungguhnya Al-Quran merupakan penawar dan penyembuh kepada orang-orang yang beriman". 

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ 
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya (al-isra' :82)

Sekiranya kita mengakui beriman, sudah pasti kita tidak akan menolak intipati keseluruhan QURAN inilah SYIFA. Tahap keimanan yang tinggi sahaja boleh membuatkan kita mengakui bahawa sesungguhnya ia adalah benar. Quran bukan merupakan cerita dongeng tetapi ia merupakan kalam MAHA BESAR yang diturunkan sebagai MUKJIZAT yang masih kekal sehingga hari kiamat.

Masalah kegagalan kita menggunakan kalam ALLAH sebagai penawar bukan terletaknya kepada kekuatan JIN tersebut, hakikatnya pengamal, perawat dan pendoa tersebut beramal atau tidak dengan apa yang dipelajari. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tiada buah. 

Tuntutan untuk membaca Al-QURAN dengan baik secara tartil dan bertajwid adalah wajib supaya apa yang diruqyahkan itu memberi maksud kepada JIN dan juga MANGSA bahawa tidak ada selain daripada ALLAH yang berkuasa. 


Oleh itu selidiki, nilai semula keimanan, keyakinan bagaimana bacaan kita, betul atau tidak, memberi maksud atau tidak. Bukan sekadar memperdengarkan sahaja malah faham apa yang diceritakan ALLAH akan memberi kesan kepada JIN dan MANGSA juga kepada pengamal perubatan.

Percayalah JIN tidak kuat seperti mana yang kita dengar, kekuatan itu berpunca dari kegagalan kita meletakkan diri, bersandar terus kepada ALLAH setiap masa. Sekiranya kita sedar hakikat ini, masalah gangguan ini mudah kita atasi kerana redha dan rahmat ALLAH hadir bersama-sama bantuanNYA....kekuatan kita terletak kepada pengamalan, keikhlasan dalam menangani permasalahan ini. Manusia adalah khalifah yang diamanahkan memakmurkan muka bumi. Seharusnya kita hanya takut kepada yang hak iaitu ALLAH S.W.T dengan sebenar-benar taqwa.

Isu dapat melihat atau tidak bukanlah senjata yang ampuh bagi pengamal perubatan menyelesaiikan imasalah ini. Semua kesembuhan adalah dengan izin ALLAH, manusia hanya berikhtiar. Syaitan dapat melihat kelemahan kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka berdasarkan Surah Al-A'raf : 27 

A027


Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Wallahua'lam.....

Tuesday, January 17, 2012

Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut


Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a’lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1335)


Sunday, January 1, 2012

Gangguan Jin Suruhan Orang Dengki

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Dengan nama Allah segalanya dicoretkan sebagai panduan manusia bergelar hamba.

Allhamdullilah malam ni Allah sekali lagi memberi rahmatNya dan inayahNya kepada ana sebagai hamba dengan memberi pertolongan dan bantuan dalam usaha-usaha membantu sesama insan.

Ana tidak keseorangan, bertemankan sahabat sekelas perubatan ana. Kami bertolak ke rumah pesakit sesudah solat Maghrib.

Pada mulanya ana meruqyah pesakit. Tiada sebarang respon diberikan. Kemudian ana cuba berikhtiar dengan menarik segala bentuk kebathilan yang mungkin melekat pada pesakit. Ternyata ada respon apabila tangan kanan pesakit mulai menggeletar.

Ana berserah pada Allah dengan meletakkan segala bantuan kepada Allah. Keadaan kembali stabil. Ana dan rakan membekalkan sedikit sebanyak panduan dalam menguruskan usaha membenteng diri dari gangguan makhlus halus.

Menurut pesakit, beliau bermimpi makhluk memberitahunya dirumah lama ada benda yang ditanam. Makhluk tersebut menyatakan bahawa penyakit-penyakit yang dialami oleh pesakit bukanlah secara klinikal. Ianya bersangkutan dengan makhlus halus.

Inayah Allah datang dalam bentuk ilham kaedah dan teknik menghapuskan barang sihir secara jarak jauh. Ana minta pesakit memejamkan mata. Ana bacakan sepotong ayat ditangan pesakit dan meminta pesakit cuba untuk dapatkan bahan itu. Ditakdirkan Allah makhlus tersebut terus menyerah diri. Tangan kanannya menggeletar dan terus rebah dipangkuan suaminya.


DIALOGNYA LEBIH KURANG

Makhluk : bang..bang.... tak tahan...sakit....panas...panas.(pesakit terus kerasukkan)

Ana : Siapa kamu ni, datang dari mana? buat apa ganggu pesakit ni?

Makhluk : Aku orang suruh mai kat dia, aku mai jauh. Aku panas, panas, panas....aku tak mau mai dah sini...lama dah aku dok dalam badan dia ni tak dak sapa tahu pun.

Ana : Malam ni dengan izin Allah, Dia nak bagitau kami tentang kewujudan hang. Tiada hak hang nak mengganggu hamba Allah ni, tinggalkan badan dia dengan izin Allah. Sebelum kami
tambahkan ayat-ayat Allah untuk mengusir hang dari badan ni, keluar dengan baik.

Makhluk : Aku tak mau, dah lama aku dok ngan dia. Aku tak mau balik.

Ana : Ana bacakan ayat pembakar dengan memohon Allah azabkan makhluk tersebut dengan izinnya. (ana dan sahabat ana terus bacakan bacaan)

Makhluk : Aku nak balik dah...aku nak balik...rumah aku jauh,

Ana : Ok, la ni kami bagi hang balik dengan baik. Keluar seluruhnya dari badan pesakit ni. Hang nak keluar ikut mana?

Makhluk : Aku nak ikut tangan...(tangan pesakit terus menggeletar)


Walaubagaimanapun, tipu helah makhluk ini sangat kuat. Ana minta pesakit mengucap dan zikir, makhluk dalam badan terus tak tahan menunjukkan dia masih berada dalam badan pesakit. Pesakit kembali kerasukkan.

Pesakit meracau dengan mengeluarkan bahasa Thai. Ana dan sabahat terus keliru (masing-masing tak tahu). Mujurlah suami pesakit membantu kami dengan menterjemahkan apa yang dituturkan. Pesakit mengadu sakit tak tahan dan nak keluar dan berjanji tidak akan kembali.

Akhirnya setelah pelbagai helah, ana gunakan kaedah pasung dengan limau. Alhamdullilah, pesakit kembali sedar sepenuhnya