RSS

Wednesday, December 3, 2008

Setandan Pisang mengeluarkan 3 Jantung Wednesday, December 3, 2008 at 19:31 |








Peristiwa ni (3 DIsember 2008) berlaku di kampung sebelah bapa aku, Kg.Alor Tampang, Beseri, Perlis. Tn.Haji Mat Isa (bapa) balik mengunjungi adiknya (pak ngah aku) yang sedang membuat persiapan majlis perkahwinan anaknya minggu depan. 

Selepas mak mendapat panggilan, aku dan mak pun bertolak ker kampung.

Setandan pisang menghasilkan 3 jantung pisang, Allahuakhar. Segalanya berlaku diluar kemampuan manusia yang serba lemah ini. 

Mak menghubungi wartawan SKUAD CAKNA SINAR bagi membuat liputan kejadian ini. Hasif, wartawan SINAR datang membuat liputan dan merakamkan peristiwa yang terjadi. Sedikit temuramah diadakan. 

ALLAH MAHA BESAR, MAHA BERKUASA, MAHA PEMURAH, MAHA PENGASIH

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.

Saturday, November 15, 2008

Kursus CPR ( Cardiopulmonary Resuscitation) Saturday, November 15, 2008 at 19:55 |





CPR ( Cardiopulmonary Resuscitation)

"Kematian Mengejut" adalah satu keadaan yang mungkin dapat dipulihkan kembali hanya dengan menggunakan kedua tangan, paru-paru dan otak kita. Ini boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Resusitasi Kardiopulmonari atau CPR apabila dilaksanakan dengan sempurna dan cepar dapat menyelamatkan mangsa untuk rawatan selanjutnya dengan menggunakan teknik-teknik rawatan lanjutan.

Teknik-Teknik CPR boleh diamalkan dengan mudah. DRABC adalah gabungan teknik dalam mengendalikan CPR.

D-Danger : Periksa kawasan kemalangan dari sebarang memungkinan bahaya pada anda dan mangsa. Keluarkan punca-punca bahaya, pindahkan mangsa adalah pilihan terakhir.
R-Response : Periksa tindakbalas mangsa. Mintak bantuan kecemasan.
A-Airway : Bukakan  laluan pernafasan dengan teknik mengangkat dagu mangsa. Tekan dahi dengan sebelah tangan dan gunakan 2 atau 3 jari pada rahang bawah dagu.
B-Breathing : Lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa. Letakkan pipi anda pada hidung dan mata memandang ke arah dada mangsa. Tindakan ini dalam masa tidak lebih dari 10 saat. Jika tidak ada apa2 tindakan, lakukan pernafasan mulut ke mulut sebanyak 2 kali. Rasa nadi mangsa dalam kiraan 10. 
C-Circulation : Jika mangsa masih tidak beri tindakbalas, lakukan tekanan pada dada mangsa dengan  meletakkan sebelah tumit tapak  tangan anda ditengah-tengah tulang sternum dada mangsa.Sebelah lagi tangan hendaklah diletakkan diatas tangan tadi dengan menyilangkan jari. Tekan dada sebanyak 30 kali sedalam  1 1/2 - 2 inci bagi orang dewasa.

Bagaimanapun, untuk mengendalikan CPR ini, seseorang itu mestilah mendapat tunjuka ajar dari pakar dalam bidang ini dan juga mempunyai sijil yang diikhtiraf. Sekiranya tidak, tindakan yang salah akan menyebabkan padah.

Wednesday, October 29, 2008

Program Taman Laut dan Langkawi





23 Oktober hingga 26 Oktober, aku dilantik menjadi jurulatih pengiring, PROGRAM PENGHAYATAN TAMAN LAUT, di Pulau Payar dan Langkawi. Program kali ini memang best kerana para pelajar pun turut serta dan tidak menimbulkan sebarang masalah.

Namun hujan yang turut semasa dalam perjalanan menuju ke Pulau Payar sedikit sebanyak mempengaruhi juga...maklumlah, nak buat aktiviti kena harungi hujan dan sememangnya kami semua pun akan basah,tapi basah sebab hujan nie sejuk sangat...hehehehe...Hujan itu rahmat.....

Selepas dapat penerangan yang disampaikan oleh "TOURIST GUIDE" tentang prosedur-prosedur semasa berada di Pulau payar, kami dan para pelajar bersiap dengan pakaian yang sesuai untuk aktiviti. Seperti biasa aktiviti regangan dikendalikan oleh Cikgu Ismail, Cikgu Shafizal dan Cikgu Amin..pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan di bantu oleh jurulatih-jurulatih yang dilantik...

Cam2 hal la dpt aku tengok masa tu, ada yang mengapung jer, ada yang asyik betulkan "snokerl set", ada yang hebat dikalangan para pelajar memang menghayati keindahan alam laut nie...siap ada bekal roti untuk diberi pada ikan. Memang manja, sampai boleh pegang ikan di situ.

Lepas jam 12 tghari, kami mengarahkan pelajar untuk berhenti seketika bagi menjamu selera. Makanan dibekalkan oleh pihak pengusaha pulau payar. Tidak ada kedai makan disediakan di Pulau Payar...

Sesi seterusnya bersambung dan kali ini ada istimewa kerana kami didatangi tetamu. "Black Tip Shark" atau dikenali dengan "Baby Shark"....ukuran agak2 setengah meter jer, datang berkumpulan lebih kurang 6 ekor.

Pergerakan keluar dr Pulau Payar adalah pada pukul 3 ptg. Pelajar-lepajar kelihatan agak letih tp jelas terbayang diwajah mereka keseronokan dan pengalaman baru...ada yang menyimpan hajat untuk mencuba aktiviti "Diving" suatu hari nanti...
Program ini juga melibatkan lawatan ke "Langkawi Cable Car" dan "Langkawi Underwater World". Pelajar didedahkan dengan kehebatan teknologi aras tinggi pada ketinggian 625m dari partas laut dan kehidupan laut yang meliputi flora dan faunanya...keindahan terumbu karang. Pelajar didedahkan jenis-jenis kehidupan laut dan tumbuhannya...

Monday, October 13, 2008

Mufti kesal pelajar Islam dibabit dalam perarakan berhala

Tokong buddha berada di atas lori tersebut dan pasukan pancaragam mengiringi tokong.

Pelajar bertudung berada di baris kedua dibelajkang pemain drum

Kelihatan pelajar memakai tudung berwarna putih


Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dengan tindakan pentadbiran sebuah sekolah menengah di Kangar yang mengarahkanlapan pelajar Islam, iaitu anggota pancaragam sekolah itu, mengiringi perarakan berhala Buddha di Kangar Selasa lalu.
Katanya, tindakan itu menunjukkan pihak terbabit tidak menghormati agama slam malah perbuatan itu boleh menimbulkan isu perkauman kerana umat Islam erlalu sensitif dalam hal agama dan ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati agama Islam.
"Saya bimbang kecenderungan pihak bukan Islam bermain dengan isu-isu sensitif akan membawa keburukan," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas rungutan dan kekecewaan umat Islam di negeri ini berikutan pembabitan pelajar itu dalam perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur itu.
Menurut Bernama, kegiatan itu dikesan oleh beberapa individu dan terdapat rakaman video melalui kamera telefon bimbit mengenai perarakan itu.
Mufti itu turut kesal dengan Jabatan Pelajaran Perlis yang dikatakan tidak peka dengan perkara itu.
"Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menghantar surat bantahan penglibatan pelajar ini kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan kita masih belum mendapat sebarang maklum balas dari pihak mereka," katanya.
Bagaimanapun Pengarah jabatan itu, Mansor Lat ketika dihubungi menyatakan beliau belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Sebelum ini pasukan pancaragam itu dikatakan turut dibabitkan dengan perarakan Hari Wesak dan perarakan mayat orang-orang Cina ke tanah perkuburan.

Wednesday, September 24, 2008

Darwisy nak menangis....
Adik aku, Darwisy's Dad

Cerdik

Tembam

Masih dalam umur berpantang
Masih dalam umur berpantang

Salam...aku bangga, Syukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan cahayamata pertama adik aku, Mohd. Jorazley dan Norhaida. Darwishy dilahirkan pada 14 September 2008 bersamaan 14 Ramadhan 1429 seberat 2.80 kg.

Wednesday, April 2, 2008




Ya Allah, syukur kepada Mu kerana masih lagi memberi hambaMu ini peluang untuk bernyawa...itulah yang aku lafazkan semasa aku sedar apa yang berlaku kepada tu ptg tadi. Tanggal 2 April 2008 akan ku pahat dalam ingatan ini selama-lamanya. Tidak apa siapa yang dapat menafikan, menyangkal dan menghalang apa yang telah ditentukaNya...
Aku pulang dari sekolah kira-kira jam 1330 untuk menyiapkan diri ke kem. Setelah aku mandi dan menunaikan solat, aku menjamu selera hidangan yang disajikan.Aku memandu Satria kesayanganku untuk menuju ker Kem Tasoh bagi menjalankan tugas sebagai jurulatih sambilan kem.
Aku mengambil laluan biasa yang digunakan iaitu Kangar-Abi-Guar Jentik-Tasoh. Dalam fikiran aku waktu2 begini ramai pengguna jalanraya. Masa ini merupakan waktu para pelajar pulang ke rumah setelah menamatkan sesi P & P. Aku dapat melihat suasana begitu di SMK Abi.
Aku meneruskan perjalanan, aku perhatikan ada keadaan sikit kelam kabut di hadapan, kelihatan pada waktu itu, kenderaan polis dari arah bertentangan ingin memasuki satu persimpangan ke dalam kawasan kampung. Di hadapan aku ialah sebuah kereta Iswara merah. Aku memperlahankan kereta kerana isyarat brek telah diberikan oleh Iswara tersebut. Dalam masa itu, aku lihat pemandu tersebut cuba mengelak ke kiri bahu jalan, dan aku juga ingin mengelak setelah keadaan menjadi pelik. Aku menekan brek dan pada masa itu, aku sudah dapat merasakan satu gegaran dan bunyi "dum" yang amat kuat dari arah belakang. Aku menjadi panik dan setelah kusedari bonet depan satriaku sudah terangkat dan injin kereta juga turut mati.
Aku masih tertanya-tanya apa yang berlaku, Astagfirullah...aku kemalangan. Aku berada ditengah-tengah antara dua kereta, di hadapan ku, Iswara dan Waja di belakang tu...aku keluar dari kereta dengan keadaan menggeletar...apa yang dapat tu lihat kereta yang ku sayang sudah bertukar wajah...tiba2 airmata aku menitis...mungkin kerana aku tidak dapat terima apa yang belaku setelah melihat keadaan kereta.
Aku masih belum tahu apa yang hendak dilakukan, orang semakin ramai, aku memeriksa keadaan fizikal ku, tp aku masih mampu tersenyum kerana aku masih berada di bumi Allah. Aku mengambil gambar kereta aku, mgkin kerana itu yang selalu aku lakukan sekiranya aku melihat sesuatu berlaku dalam situasi yang berlainan. Aku mengirimkan MMS kepada @Zint...kerana aku tak boleh diam dalam hal ini. Aku terus membuat panggilan memberitahu bapaku mengenai apa yang berlaku.
Dalam masa itu, aku melihat ramai2 kawan2 ku turut hadir. Mereka ialah Bg Non, Bang Chet, Bang Yin...Bang Man, Bang Li.....Mr. Azran....adalah lagi mungkin yang aku terlupa.....ramai yang menjangka akulah "pemandunya"...setelah melihat keadaan kereta.
Apa2 pun, aku masih boleh menarik nafas lega, itulah pengalaman yang aku sendiri tak menyangka..."malang tidak berbau"...Sukar untuk aku ceritakan segalanya di sini, bagaikan mimpi...Aku membuat laporan di Balai Trafik Padang Besar Jam 1830. Satriaku kini berada di bengkel untuk urusan selanjutnya.....Aku hanya inginkan dia kembali kepada ku....
Ya Allah, syukur atas apa yang Kau beri, aku redha, kerana ini membuatkan aku lebih semangat dalam hidup ini..HidayahMu Allah ada di mana2....berikan ku kekuatan, rahmat dan perlindungan dari Mu, aku hambaMu yang lemah....AMINNNN

Saturday, March 29, 2008

Dahi Cecah ke Sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’

Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.