RSS

Tuesday, October 18, 2011

ada yang mengikut rupanya....


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Baru-baru ini ana terlibat secara langsung mengendalikan sebuah program Karnival Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran. Program ini berlangsung selama 5 hari. Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Hutan Hujan-Hujan Gua Kelam. Aktiviti yang diadakan di sana ialah paintball scenario, paintball sasaran dan mendulang bijih timah.

Alhamdullilah dengan izin Allah program berlangsung dengan jayanya walaupun ada beberapa orang pelajar terpaksa diberi rawatan disebabkan kemalangan dan kecederaan semasa aktiviti dijalankan. Itulah adat dalam pendidikan luar.

Ana berulang alik dari rumah ke Kem. Bertolak keluar awal pagi dan balik ke rumah pada sebelah malam setelah selesai aktiviti. Laluan dari kem ke rumah agak sunyi (sapa yang pernah ke Kem Tasoh Perlis akan faham). Nak dijadikan cerita, isteri kesayangan pun tak berapa sihat masa tu. Sat demam sat sihat, orang kata demam tak kebah.

Atas sebab kerja ada kuatkan semangat untuk terus berada bersama-sama rakan lain yang datang dari seluruh negara.

Setelah 5 hari berkampung keadaan kembali seperti sedia kala,keadaan di Kem sunyi.

Tanpa ana sedari dah ada "kawan" tumpang sekaki. Isteri ana mengadu sakit badan, jadi ana pun seperti biasa bawa dia berjumpa doktor untuk periksa kesihatan. Keadaan dia amat letih dan tak bermaya...

Pada keesokkan harinya ana berhasrat untuk menghadiri kuliah agama di MATIN selepas solat Maghrib. Sebelah paginya kami berdua mengasuh anak sedara sebab parent dia bawa anak-anak menyertai rombongan sekolah ke Ipoh.

Kami ke rumah mak mertua dan mereka belum balik dari urusan pada sebelah petang itu, ana tinggalkan isteri dan anak sedara di sana. Sesudah kuliah lebih kurang jam 1000 malam ana balik ke rumah mertua. Isteri ana kelihatan masih tidur dan tak menunjukkan tahap kesihatan beransur pulih. Risau sangat pada waktu tu.

Kami pun balik ke rumah, isteri ana terus tidur di katil dan sangat tidak bermaya. Ana pastikan dia makan ubat-ubat yang dibekalkan oleh doktor sebelum tidur. Pada masa yang sama air ruqyah Darussyifa' juga menjadi bekalan.

Sebelum ana tidur, seperti biasa akan mencuri masa dengan membaca buku sehingga terlelap. Menjadi kebiasaan ana sebelum tidur mesti pakai wangian, ana pakai atar kasturi TIAF. Terkejut ana tetiba isteri bersuara tetapi tidak begitu jelas, kemudia terdengar "aku nak balik"...

Ana terus memberi perhatian dengan menyapukan atar kasturi ke beberapa bahagian badan isteri. Ternyata tekaan ana benar. Ada "kawan" telah tumpang mencari peluang di atas kelemahan anak Adam. Ana membuat beberapa scanning, akhirnya dengan pertolongan ALLAH dia bersuara, "adoi sakit2...." Ana terus membaca beberapa ayat ruqyah sambil meminta agar dia keluar kerana tidak ada urusan. Dia kata "aku ngantuk, kacaulah...aku nak balik"...ana call bapa untuk datang membantu sekiranya berlaku "kacau bilau"..hehehe

Keadaan paling lucu dan kadang buatkan ana jadi sedikit geram bila dia seolah-olah mengejek dengan membuat mimik muka seakan-akan mencemuh. Ayat demi ayat ana tuturkan sebagai mengancam tindakan dia. Akhirnya ana keraskan suara dengan menyuruh keluar. Ana suruh keluar ikut kaki. Kelihatan pada masa tu anak-anak jari kedua kaki bergerak-gerak.

Alhamdullilah Allah mendengar dan membantu ana dalam hal ini. Sebaik saja sedar isteri ana minta makan sebab terlalu lapar dan dahaga. Keadaannya terlalu berbeza dari beberapa hari lepas. Sakit badan yang dialami terus hilang...ALLAH maha berkuasa.

Alhamdullilah keadaan demam kian sembuh cuma sedikit pening-pening mungkin disebabkan oleh kesan ubat medikal.

Yang menjadi persoalan sekarang, isteri ana bagi tau, antara sedar dan tidak sedari ada suara bagitau dia "tu tu harimau mai dah"....bapa ana pun sampai dalam masa tu...

Pengajaran buat ana dan rakan-rakan yang selalu berurusan sebelah malam....:)