RSS

Sunday, September 25, 2011

Terkena Jin Tidur

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Sekumpulan pelajar mengikuti perkhemahan selama semalam di sekolah. Ana difahamkan pada sebelah malamnya, pelajar-pelajar ini dipertontonkan dengan filem hantu. Tindakan yang memang tak patut diambil oleh pihak penganjur. Kalau tak ada pengisian sangat baik tak payah buat program. Hargailah duit yang diberikan tu ataupun sedekahkan saja kepada mereka yang lebih memerlukan.

Ana mendapatkan panggilan telefon dari rakan ana. Beliau meminta bantuan. Pada ketika tu ana berada di rumah ibu bapa anad. Seorang pelajar dipercayai terkena badi filem itu. Sebaik saja dia pulang ke rumah, pelajar berkenaan terus tidur mungkin kerana keletihan. Pelajar itu dikejutkan untuk mandi pada jam 6 petang dan sesudah itu, dia menyambung tidur semula.

Apabila dikejutkan untuk makan malam, pelajar itu berkelakuan agak ganjil. Dia tidak mengenali ibubapanya. Perkaran paling pelik di mana dia turut membuka pakaian semasa tidur dengan erti kata lain berbogel. "Aku nak balik" itu saja yang dituturkan. Melihat keadaan itu, ibubapanya mengambil tindakan untuk membawa dia ke rumah cikgu sekolahnya. Pelajar itu terus tidur tanpa menghiraukan apa yang diperlakukan dan apa yang berlaku. Dia langsung tidak mengenali sesiapa saja disekelilingnya.

Sebaik saja sampai di rumah rakan ana, diperhatikan pelajar itu tidur. Ana cuba untuk mengejutkannya, jelas tidak ada apa tindakbalas. Ana sapukan minyak atar kasturi dibeberapa bahagian badan dengan niat serangan awal sekiranya ada gangguan. Pelajar itu terus tidur tanpa sedar. Sekali lagi ana kejutkan dan akhirnya dia sedar. Ana ajar dia mengucapkan dan kelihatan mulutnya bergerak-gerak dengan mata masih terpejam.

Ana terus laungkan azan ditelinga,dia meronta-ronta menolak. Ana teruskan lagi mengesan sekiranya ada jelas ada makhluk yang mungkin mengganggu. Akhirnya ana bacakan Surah Al-Fatihah dengan dengan memegang bahagian belakang telinga. Dia meronta-ronta..."aku nak balik"..Ana terus tanya balik mana dan beberapa soalan lagi untuk memastikannya. Dia terus meronta dan anak cuba ugut untuk meneruskan bacaan ayat-ayat Allah bagi menyeksa gangguan yang mungkin. Dia rebah semula dibantal setelah ana pujuk agar dia keluar.

Ana teruskan lagi mengugut dan pada ketika itulah kaki dia terangkat dan dia sudah mulai membuka mata. Ana minta dia mengucap dan berisgtifar. Alhamdullilah ana dengar suaranya. Ana cuba meminta dia perkenalkan seorang demi seorang yang ada di dalam rumah. Dia kenal cuma masih kelihatan hairan. Dia minta untuk ke tandas,

Dia kelihatan seakan-akan hairan dengan keadaan sekeliling.Akhirnya baru dia sedar di mana dia berada. Ana minta ibubapa bawak ke klinik memandangkan suhu badannya agak panas risau sekiranya berlaku perkara-perkara luar jangka. Alhamdulllah As-Syifa' membantu dalam urusan kita.

Pengajaran untuk mereka-mereka yang bergelar pendidik, usahlah kita bebalkan anak-anak didik dengan perkara-perkara yang tidak patut kita lakukan. Kalau nak buat program, carilah pengisian agar dapat disampaikan atau diterjemahkan kepada mereka dalam usaha mencari ilmu pengetahuan.

Wednesday, September 21, 2011

Kekuatan Zikir Mampu Menangkis Serangan JIN

السلام عليكم

Zikir adalah adalah perkataan dari bahasa Arab yang membawa maksud sebut (mulut) dan ingat(hati/fikiran). Perbuatan berzikir adalah merujuk kepada mengingati Allah dengan menyebut, membesarkan dan memuji membesarkan Allah.

Zikir mampu untuk menangkis serangan makhluk halus yang cuba menguasai kita secara sedar atau pun tidak sedar.

Dalam kes terbaru, sepasang suami isteri datang merawat. Pada mulanya proses merawat dilakukan terhadap isterinya. Semasa proses merawat terhadap tanda2 gangguan seperti nafas menjadi pantas dan sakit pada anggota badan. Dengan perlindungan Allah tiada kerasukkan berlaku. Pesakit tidak dapat bercakap dengan jelas kerana berada dalam keadaan separa sedar. Proses rawatan diteruskan dengan menarik aura negatif pada bahagian yang sakit. Pesakit diangkat pada posisi duduk dengan dipegang oleh suami dan isteri saya. Beberapa teknik digunakan untuk menyeksa makhluk itu. Akhirnya pesakit mulai sedar sedikit demi sedikit. Alhamdullilah. Ana bekalkan dengan air ruqyah dan limau untuk proses mandian.

Setelah selesai, proses merawat suami dimulakan. Ana minta untuk melunjur menghadap arah kiblat sambil berzikir pada Allah. Proses merawat memerlukan kita meletakkan pengharapan terus kepada Allah sebagai penyembuh kerana hanya Allah sahaja memiliki segala kehebatan.

Sebelum proses bermula, pesakit disemburkan dengan air ruqyah dan minum air ruqyah sebagai serangan awal. Ana mulakan ruqyah sentuhan belakang. Sedikit minyak atar kasturi disapu ke beberapa bahagian badan. Beberapa ayat ruqyah dibacakan pesakit mulai menunjukkan kehadiran gangguan. Alhamdullilah, pesakit terus berzikir dengan membesarkan Allah dan sekaligus tubuh tidak dapat dikuasai oleh makhluk halus dengan izin Allah.

Bunyi desus suara pesakit menahan kesakitan dan tubuh menggeletar. Ana membuat "scanning" untuk mencari bahagian yang didiami oleh makhluk tersebut. Ana menekan tempat sakit dengan membaca beberapa ayat ahzab. Akhir sekali ana guna teknik menari aura negatif. Alhamdullilah pesakit mulai sedar kembali sepenuhnya.

Apa yang ana cuba berkongsi ialah apa2 permasalah pun kita hendaklah meletakkan pengharapan kepada Allah sebagai tempat paling utama dalam mencari penyelesaian. Kerana kita adalah makhluk yang lemah dan tidak ada apa kekuatan melainkan kekuasaan Allah. Zikir dalam mendidik jiwa bagi menyucikan hati dari berpaling dari mengingati Allah. Zikir juga merupakan kaedah dalam kita memohon perlindungan dari Allah terhadap anasir-anasir negatif yang cuba untuk merosakkan kita.

-Wallahu'alam-