RSS

Monday, October 13, 2008

Mufti kesal pelajar Islam dibabit dalam perarakan berhala

Tokong buddha berada di atas lori tersebut dan pasukan pancaragam mengiringi tokong.

Pelajar bertudung berada di baris kedua dibelajkang pemain drum

Kelihatan pelajar memakai tudung berwarna putih


Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dengan tindakan pentadbiran sebuah sekolah menengah di Kangar yang mengarahkanlapan pelajar Islam, iaitu anggota pancaragam sekolah itu, mengiringi perarakan berhala Buddha di Kangar Selasa lalu.
Katanya, tindakan itu menunjukkan pihak terbabit tidak menghormati agama slam malah perbuatan itu boleh menimbulkan isu perkauman kerana umat Islam erlalu sensitif dalam hal agama dan ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati agama Islam.
"Saya bimbang kecenderungan pihak bukan Islam bermain dengan isu-isu sensitif akan membawa keburukan," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas rungutan dan kekecewaan umat Islam di negeri ini berikutan pembabitan pelajar itu dalam perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur itu.
Menurut Bernama, kegiatan itu dikesan oleh beberapa individu dan terdapat rakaman video melalui kamera telefon bimbit mengenai perarakan itu.
Mufti itu turut kesal dengan Jabatan Pelajaran Perlis yang dikatakan tidak peka dengan perkara itu.
"Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menghantar surat bantahan penglibatan pelajar ini kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan kita masih belum mendapat sebarang maklum balas dari pihak mereka," katanya.
Bagaimanapun Pengarah jabatan itu, Mansor Lat ketika dihubungi menyatakan beliau belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Sebelum ini pasukan pancaragam itu dikatakan turut dibabitkan dengan perarakan Hari Wesak dan perarakan mayat orang-orang Cina ke tanah perkuburan.

No comments:

Post a Comment