RSS

Wednesday, September 21, 2011

Kekuatan Zikir Mampu Menangkis Serangan JIN

السلام عليكم

Zikir adalah adalah perkataan dari bahasa Arab yang membawa maksud sebut (mulut) dan ingat(hati/fikiran). Perbuatan berzikir adalah merujuk kepada mengingati Allah dengan menyebut, membesarkan dan memuji membesarkan Allah.

Zikir mampu untuk menangkis serangan makhluk halus yang cuba menguasai kita secara sedar atau pun tidak sedar.

Dalam kes terbaru, sepasang suami isteri datang merawat. Pada mulanya proses merawat dilakukan terhadap isterinya. Semasa proses merawat terhadap tanda2 gangguan seperti nafas menjadi pantas dan sakit pada anggota badan. Dengan perlindungan Allah tiada kerasukkan berlaku. Pesakit tidak dapat bercakap dengan jelas kerana berada dalam keadaan separa sedar. Proses rawatan diteruskan dengan menarik aura negatif pada bahagian yang sakit. Pesakit diangkat pada posisi duduk dengan dipegang oleh suami dan isteri saya. Beberapa teknik digunakan untuk menyeksa makhluk itu. Akhirnya pesakit mulai sedar sedikit demi sedikit. Alhamdullilah. Ana bekalkan dengan air ruqyah dan limau untuk proses mandian.

Setelah selesai, proses merawat suami dimulakan. Ana minta untuk melunjur menghadap arah kiblat sambil berzikir pada Allah. Proses merawat memerlukan kita meletakkan pengharapan terus kepada Allah sebagai penyembuh kerana hanya Allah sahaja memiliki segala kehebatan.

Sebelum proses bermula, pesakit disemburkan dengan air ruqyah dan minum air ruqyah sebagai serangan awal. Ana mulakan ruqyah sentuhan belakang. Sedikit minyak atar kasturi disapu ke beberapa bahagian badan. Beberapa ayat ruqyah dibacakan pesakit mulai menunjukkan kehadiran gangguan. Alhamdullilah, pesakit terus berzikir dengan membesarkan Allah dan sekaligus tubuh tidak dapat dikuasai oleh makhluk halus dengan izin Allah.

Bunyi desus suara pesakit menahan kesakitan dan tubuh menggeletar. Ana membuat "scanning" untuk mencari bahagian yang didiami oleh makhluk tersebut. Ana menekan tempat sakit dengan membaca beberapa ayat ahzab. Akhir sekali ana guna teknik menari aura negatif. Alhamdullilah pesakit mulai sedar kembali sepenuhnya.

Apa yang ana cuba berkongsi ialah apa2 permasalah pun kita hendaklah meletakkan pengharapan kepada Allah sebagai tempat paling utama dalam mencari penyelesaian. Kerana kita adalah makhluk yang lemah dan tidak ada apa kekuatan melainkan kekuasaan Allah. Zikir dalam mendidik jiwa bagi menyucikan hati dari berpaling dari mengingati Allah. Zikir juga merupakan kaedah dalam kita memohon perlindungan dari Allah terhadap anasir-anasir negatif yang cuba untuk merosakkan kita.

-Wallahu'alam-

No comments:

Post a Comment